28 Aug 2011

raya raya raya..

assalamualaikum, wah lama da tak update blog, tiba² je hari ni rasa bersemangat plak nak menaip kat sini, semangat raya maybe. hehehe. syawal datang lagi memeriahkan umat islam serata dunia. syawal kali ni mgkin sedikit berbeza di malaysia bila ia disambut sekali dgn hari kemerdekaan negara, jadi sape yg pose penuh tu mngkin feel raya dieorg meriah sikit, ye arr mesti rasa macam lepas menang berperang, jadi time raya nanti bleh la korg sambut merdeka skali sambil menjerit² merdeka3x sepuas hati,(huh aku tak dpt rase sebab ade tertinggal sehari dua)yg lain tu pun boleh buat jgk, tpi tak semeriah mana la, hehehe. tp dalam ceria² kita menyambut kehadiran syawal kali ini sedarkah kita diluar sana masih ada saudara² kita yg masih berperang melawan bermacam² dugaan, bukan setakat tahan lapar dan dahaga tp berjuang untuk negara tercinta. jadi dalam sesuana yg kacau bilau tu adakah syawal mereka semeriah kita kat sini?, dgn kain baju baru, sofa baru, langsir baru, kasut baru, dan bermcm² perhiasan yg baru² belaka.
aku merasa sgt bertuah bila melihat diri aku kat depan cermin, walaupun tak lah sehensem mane, hehehe. gurau je kak pah. ye aku rasa bertuah dan berbangga sbb masih dapat beraya dalam keadaan yg sgt aman tenang dan bersyukur masih dapat melihat si anak² kecil beraya sambil mengeliling kampung dan desa dgn duit raya menjadi imbuhan untuk mereka.(oh alangkah indah nya kalau aku masih seperti mereka) hehe, melihat anak² muda pulang ke kampung bertemu ayah bonda memohon ampun diatas salah laku mereka(anak derhaka pon bleh amek kesempatan ni)dan seperti biasa kedua org tua pasti girang menyambut kepulangan mereka untuk memeriahkan hari mulia yg disambut setahun sekali ini. secara jujur nya aku masih belum merasa raya yg sangat bermakna pada usia dewasa ni dan aku juga belum dapat mengamati nikmat sebenar hari raya ni, bagi aku raya setiap tahun seperti sama,(mase kecik² dulu jgn r kira:"p)
terlampau bnyk kekurangan demi kekurangan yg aku rasakan, bkn aku bermaksud yg aku nk beraya dgn kepuasan berbelanja atau kemewahan yg gila², aku lebih senang dgn bersederhana di hari raya,(tu yg pak haji suka tu) aku mengharapkan sesuatu yg sgt berbeza setiap kali hari raya menjelma, yea aku mngkin mempunyai seorang emak yg penyayang dan seorang abg yg susah nak aku terangkan betapa bertuah nye aku menjadi adik die, dan ayah dan adik(step) yg melengkapkan keluarga kecil aku ini dan aku bersyukur dengan adanya mereka dlm hidup aku, tapi di hati ini masih belum merasa cukup puas bila terkenang zaman kanak² dulu, dimana raya disambut bersama kakak yg banyak menjaga aku, dgn adik yg bnyk menyusahkan aku, dengan ayah seorang ayah yg tegas mendidik dan membimbing aku hingga aku menjadi aku seperti hari ni, tapi tu sume dulu.. kini aku jauh dari mereka tanpa sebarang khabar berita, sehatkah mereka, bagaimana pula dgn raya mereka.. itu yg membuatkan aku sayu dan sedih bila datang nye hari raya. ye sekarang ni aku telah ada adik dan ayah baru yg membuatkan hidup aku kembali bercahaya, tp manalah sama jika dibandingkan dgn keluarga kandung kerana darah aku dan mereka sama dan aku dgn mereka la aku memulakan hidup di dunia, dari tak tahu apa² hingga sekarang menjadi manusia. hmmm, mngkin raya aku akan menjadi lebih bermakna jika aku berpeluang menyambut hari raya bersama mereka, dan aku berharap dapat bersama² sekali lagi tak kira la bila ianya akan terjadi, ingin sekali aku memohon maaf pada ayah kerana aku tahu akulah anak yg paling bermasalah dan terlampau bnyk dosa aku dekat dia, akan kepeluk erat² kakak dan adik ku melepaskan rindu dihati yg bertahun² terpendam didada, hmm bila kah akan terjadi hanya takdir dan masa menjadi penentu.. walau apapun aku masih gembira bila tiba nya hari raya, kerana aku masih dapat menyambut nya dgn penuh ceria disamping mereka yg aku sygi, tiada letupan bom dan tembakan senjata yg kedengaran disini hanya meriam dan mercun yg memeriahkan hari raya ku disini, rasa syukur ku amatlah tinggi dapat beraya dgn keluarga dan tanpa ada rasa ketakutan terhadap peperangan dengan ketenangan dan kemeriahan yang dapat aku rasakan. namun perasaan rindu masih belum dapat dilupuskan, tapi aku yakin akan kuasa tuhan, jika diberi rezeki pasti suatu hari dapat aku bertemu kembali, insyallah.. wah! ini betol² semangat ni, hahaha.. sedar tak sedar terlampau bnyk pulak yg aku taip, hehehe. apa yang aku luahkan diatas hanyalah untuk menggambarkan ape yg aku rasa dan ape yg aku alami tidak lah aku bermaksud ingin mengambil simpati atau mintak diberi angpau raya untuk menghilangkan rasa duka dihati ia sekadar perasaan seorang insan yg xsabar nak raya.hehehe.. dan pesanan buat semua, sayangi apa yg kita ada hormati kedua ibubapa kita, berhati² memandu ketika pulang beraya dan bersyukur la dgn apa yg kita nikmati hari ini kerana masih ada saudara islam kita diluar sana tidak dapat menyambut hari raya diseperti kita disini. dan akhir kata dari saya, jika ada tersilap bahasa harap dimaafkan dan selamat menyambut hari raya pada seluruh umat islam diseluruh dunia. :"p chiow.

No comments:

Blog arkib