28 Aug 2011

raya raya raya..

assalamualaikum, wah lama da tak update blog, tiba² je hari ni rasa bersemangat plak nak menaip kat sini, semangat raya maybe. hehehe. syawal datang lagi memeriahkan umat islam serata dunia. syawal kali ni mgkin sedikit berbeza di malaysia bila ia disambut sekali dgn hari kemerdekaan negara, jadi sape yg pose penuh tu mngkin feel raya dieorg meriah sikit, ye arr mesti rasa macam lepas menang berperang, jadi time raya nanti bleh la korg sambut merdeka skali sambil menjerit² merdeka3x sepuas hati,(huh aku tak dpt rase sebab ade tertinggal sehari dua)yg lain tu pun boleh buat jgk, tpi tak semeriah mana la, hehehe. tp dalam ceria² kita menyambut kehadiran syawal kali ini sedarkah kita diluar sana masih ada saudara² kita yg masih berperang melawan bermacam² dugaan, bukan setakat tahan lapar dan dahaga tp berjuang untuk negara tercinta. jadi dalam sesuana yg kacau bilau tu adakah syawal mereka semeriah kita kat sini?, dgn kain baju baru, sofa baru, langsir baru, kasut baru, dan bermcm² perhiasan yg baru² belaka.
aku merasa sgt bertuah bila melihat diri aku kat depan cermin, walaupun tak lah sehensem mane, hehehe. gurau je kak pah. ye aku rasa bertuah dan berbangga sbb masih dapat beraya dalam keadaan yg sgt aman tenang dan bersyukur masih dapat melihat si anak² kecil beraya sambil mengeliling kampung dan desa dgn duit raya menjadi imbuhan untuk mereka.(oh alangkah indah nya kalau aku masih seperti mereka) hehe, melihat anak² muda pulang ke kampung bertemu ayah bonda memohon ampun diatas salah laku mereka(anak derhaka pon bleh amek kesempatan ni)dan seperti biasa kedua org tua pasti girang menyambut kepulangan mereka untuk memeriahkan hari mulia yg disambut setahun sekali ini. secara jujur nya aku masih belum merasa raya yg sangat bermakna pada usia dewasa ni dan aku juga belum dapat mengamati nikmat sebenar hari raya ni, bagi aku raya setiap tahun seperti sama,(mase kecik² dulu jgn r kira:"p)
terlampau bnyk kekurangan demi kekurangan yg aku rasakan, bkn aku bermaksud yg aku nk beraya dgn kepuasan berbelanja atau kemewahan yg gila², aku lebih senang dgn bersederhana di hari raya,(tu yg pak haji suka tu) aku mengharapkan sesuatu yg sgt berbeza setiap kali hari raya menjelma, yea aku mngkin mempunyai seorang emak yg penyayang dan seorang abg yg susah nak aku terangkan betapa bertuah nye aku menjadi adik die, dan ayah dan adik(step) yg melengkapkan keluarga kecil aku ini dan aku bersyukur dengan adanya mereka dlm hidup aku, tapi di hati ini masih belum merasa cukup puas bila terkenang zaman kanak² dulu, dimana raya disambut bersama kakak yg banyak menjaga aku, dgn adik yg bnyk menyusahkan aku, dengan ayah seorang ayah yg tegas mendidik dan membimbing aku hingga aku menjadi aku seperti hari ni, tapi tu sume dulu.. kini aku jauh dari mereka tanpa sebarang khabar berita, sehatkah mereka, bagaimana pula dgn raya mereka.. itu yg membuatkan aku sayu dan sedih bila datang nye hari raya. ye sekarang ni aku telah ada adik dan ayah baru yg membuatkan hidup aku kembali bercahaya, tp manalah sama jika dibandingkan dgn keluarga kandung kerana darah aku dan mereka sama dan aku dgn mereka la aku memulakan hidup di dunia, dari tak tahu apa² hingga sekarang menjadi manusia. hmmm, mngkin raya aku akan menjadi lebih bermakna jika aku berpeluang menyambut hari raya bersama mereka, dan aku berharap dapat bersama² sekali lagi tak kira la bila ianya akan terjadi, ingin sekali aku memohon maaf pada ayah kerana aku tahu akulah anak yg paling bermasalah dan terlampau bnyk dosa aku dekat dia, akan kepeluk erat² kakak dan adik ku melepaskan rindu dihati yg bertahun² terpendam didada, hmm bila kah akan terjadi hanya takdir dan masa menjadi penentu.. walau apapun aku masih gembira bila tiba nya hari raya, kerana aku masih dapat menyambut nya dgn penuh ceria disamping mereka yg aku sygi, tiada letupan bom dan tembakan senjata yg kedengaran disini hanya meriam dan mercun yg memeriahkan hari raya ku disini, rasa syukur ku amatlah tinggi dapat beraya dgn keluarga dan tanpa ada rasa ketakutan terhadap peperangan dengan ketenangan dan kemeriahan yang dapat aku rasakan. namun perasaan rindu masih belum dapat dilupuskan, tapi aku yakin akan kuasa tuhan, jika diberi rezeki pasti suatu hari dapat aku bertemu kembali, insyallah.. wah! ini betol² semangat ni, hahaha.. sedar tak sedar terlampau bnyk pulak yg aku taip, hehehe. apa yang aku luahkan diatas hanyalah untuk menggambarkan ape yg aku rasa dan ape yg aku alami tidak lah aku bermaksud ingin mengambil simpati atau mintak diberi angpau raya untuk menghilangkan rasa duka dihati ia sekadar perasaan seorang insan yg xsabar nak raya.hehehe.. dan pesanan buat semua, sayangi apa yg kita ada hormati kedua ibubapa kita, berhati² memandu ketika pulang beraya dan bersyukur la dgn apa yg kita nikmati hari ini kerana masih ada saudara islam kita diluar sana tidak dapat menyambut hari raya diseperti kita disini. dan akhir kata dari saya, jika ada tersilap bahasa harap dimaafkan dan selamat menyambut hari raya pada seluruh umat islam diseluruh dunia. :"p chiow.

10 May 2010

selamat tinggal KL



yea rse nye da lme da aku berada kat kota yg penuh dengan pelbagai ragam dan cerita kisah suka duka terpampang merata-rata propaganda perkara biasa dan klu lemah semangat nafsu yg berkuasa dan tak dinafikan aku salah seorang mangsa yg mencari pemangsa untuk nafsu semata-mata tapi xbermakna tempat aku di neraka kerana tuhan tu maha pengampun dosa umat-umat nye . alamak terlebih sudah , bukan nk bercerita pasal dosa pahala atau baik buruk seseorang manusia cuma meluahkan ape yg aku rase dalam mse singkat aku berada kat key ell ni . bagi aku kat mana2 pon same .
ada yg bertnya kat aku knpe tak cari keje kat sini je? kat key ell la en .
well mungkin sbb rezeki aku bkn kat sini
walaupon org cakap klu nk idop senang cubalah merantau ke key ell dan berkerjalah kamu disana nescaya kesenangan akan tiba jika kamu berusaha dgn bersungguh-sungguh dan seperti kata pepatah 'hujan batu di negeri sendiri hujan emas di negeri org' mngkin emas dah tak berapa berharga bile mana setiap individu berebut-rebut untuk mendapatkn nye dan mula pergi ke negeri org dan membiarkan hujan batu-batuan tadi terbiar di negeri sendiri tanpa ade org yg menguruskan . dan mngkin org mcm aku ni lah yg ditakdirkan untuk menghandle setiap butir-butir hujan batu tadi untuk dijadikan rezeki walaupon ianya tidak berape mewah dan mngkin sedikit ketinggalan . ketinggalan? ialah zaman skrg ni sape la yg nak kutip batu-batuan yang ade untuk dijadikan duit belanje dan sebagainye tmbhan plak skrg ni kan da ade bnyk kje yg buleh buat kita kelihatan segak dan bergaya tnpa perlu mengeluarkan walaupon hnya setitis keringat sahaje . tapi sejauh mana pula kebijaksanaan saya untuk memilih kerja yg sebegitu rupa ? kan tuhan yg maha kuasa tu adil sesungguhnya dan die pon da kata sape yg rajin berusaha nescaya akan mendapat hasil yg setimpal dgn apa yg diusahakan asalkan dijalan yg benar dan dirahmati oleh nye , Ape lagi yg ingin aku perkatakan tentang ibu negeri malaysia ni ek ?
bnyk yg aku dengar dari mulut ke telinga dan disebarkan ke telinge lain oleh mulot2 yg suke bercerita katanya di key ell penuh dengan tipu daya dan jgnlah kita mempercayai org lain dgn sekali pndang je . kerana katanya setiap org baik di key ell ni didatangkan dgn package iaitu memperdayakan kita selepas kita percaya . pada pendapat aku dimana2 pon sama je dan dgn angkuh nye aku kata kat sini bahawa takde manusia kat dunia ni yg boleh kita percaya kecuali ahli keluarga kita walaupon kekadang ade jugak penipuan yg berlaku tp bagi aku itu biasa .
ahli keluarga pnye penipuan berbeza dgn penipuan2 biasa dan mngkin anda sendiri pernah menipu dgn ahli kluarga anda dan itu adalah normal . dan tak dinafikan dalam kota yg penuh dgn pelbagai karenah manusia ni ada jugak org yg boleh kita harapkan dan sedia membantu tanpa ada usul lain dan semua pertolongan itu atas dasar kawan dan aku amat berterima kasih kepada
Shahizan Shamid kerana sudi melayan aku sepanjang beradanye aku di key ell ni dan atas bnyk pertolongan yg tlh ko sumbangkan dan mngkn tnpa ko aku tak berapa nk kenal la dgn dunia key ell pujaan muda mudi ni dan aku ingin menamakan ko sebagai man of the match, most valuable friend, dan segala anugerah yg ade la atas jasa yg tlah ko taburkan bukan hanya untuk aku tp untuk seisi keluarga aku dan mcm yg mak aku ckp kt ko u're the part of this family and i'm agree with that dan aku rse ko bkn takat kawan-kawan biasa ko something yg berbeza . aku tau aku selalu ask something yg ridiculous kat ko dan ko slalu nye memenuhi setiap khndak aku
dan aku rse mcm aku da lebeh sgt da ngn ko ni tp ko still make it cool and i'm salute u for that dan aku tak tau nk ckp ape lgi kat ko sbb aku rse ko mmg yg TERBAIK . well aku da mula rasa penat menaip dan mngkin ni karangan terakhir aku untuk beberape bulan ni kerane mngkin selepas ni aku mula sibuk mengutip setiap batu-batu yg jatuh dari langit dan ianya akan membuatkan aku lupe tentang dunia moden ni untuk seketika
namun aku tetap akan mengingati setiap detik di kuala lumpur yg indah ni dan klu di berikan ksmpatan aku ingin tinggal lame lgi disini syg nye rezeki aku bknlah di sini dan kali ni aku puas menjadi warga key ell walaupon hnya ntuk seketika tp pelbagai warna dan cerita tlah berjaya aku terokai ntuk memantapkan ilmu di hati semoga kita berjumpa lagi KLCC! yeahaaa

8 May 2010

weak weekend :"p



huarraghh penat nye minggu ni.. dan itu la kata-kata yang dapat aku ungkapkan untuk menzahirkan ape yang tlah terjadi sepanjang 2-3 hari yg lps hinggakan aku tak sempat
nak berada di atas talian mengupdated ape yg patot. aaaa.. aku nk mula cam mne ni ek?
rase nye bnyk bnde yg tlah berlaku untuk 2-3 hari ni. abg aku kawin, bermain futsal dgn kwn-kwn baru yg rata-rata nye penyokong liverpool fc dan sememangnye awesome dapat berkenalan dan bermain dgn mereka walaupon aku rse aku yg paling muda dan paling kurang knowledge psl lfc
tapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk terus bermain bersama mereka dan rse itu sungguh hebat, jadi biar la aku mula kan dari majlis akad nikah abg aku dulu dan kemudian ke futsal dan seterus nye ke majlis persandingan abg aku harap sesiapa yg bace tak keliru. ade ke yg bace?. layan je la...zasss..........



//



30/04/10 : nikah time

hari ni aku terbangun dalam pukul 2:30ptg dikejutkan oleh brader aku yg tak saba2 nak jadi laki org. beliau memaki aku dan menyuruh aku mandi katanya da lambat padahal die akad nikah pukul 5. aku angguk kan aje seolah2 paham keadaan org yg nak bernikah sume nk cepat xnikah xde la mlm pertama xde mlm pertama tak best la nikah. itu pandangan aku la, aku pon terus masuk bilik air dan mndi seperti sedia kala mandi selama yg boleh tp xde la buat ape2 yg nonsense ok, sesudah aku mndi dan bersiap2 kitaorg pon terus ke rmh mak kami yg tak jauh dari pada umah kami sndiri untuk meninjau2 persiapan kedua org tua kami tersebut dgn kepale otak aku asyik pikir sempat ke aku nk join futsal mlm kank ni dan terus berdoa agar sume nye berjln dgn lancar, dlm pukul 4ptg kitaorg bergerak ke masjid keramat untuk melansungkn acara akad nikah. tiba di masjid rombongan pihak pompan da pon ade menunggu bkn sahaja menunggu kami malah menunggu giliran untuk akad nikah sebab mase tu ade kapel lain tgh akad nikah jugok sambil menunggu tu tiba2 hati aku tergerak ntuk mendirikan solat.
wah tetibe rse insaf plak. bkn nk tunjuk baik tp aku rse rugi klu da smpai msjid tp tak semayang.
maklum la kat umah pyh sekali nk sembhyng jd aku ambik ksmpatan tu untuk mndirikan solat asar. sesudah selesai dan mnanti dalam mse tak kurang 5minit tibe giliran abg aku dn kakak ipar aku untuk akad nikah dan aku di kehendaki untuk duduk di belakang abg aku.wah first time rase nye duk blkang org akad nikah dgn aku2 pon rse nervous yang teramat sgt mcm aku plak yg nikah. aku tgk abg aku da gigil2 mcm kne sawan kude dan keadaan same sbnrnye yg melanda aku tp aku kaber dgn begitu baik sekali rsa gemuruh aku. tup tup tup dgn dua kali lafaz akhir nye abg aku berjaya menjadi suami org da aku pon da ade akk ipar. mcm tak caya abg aku da tak lagi bujang so pas ni aku kne lyn porn sorang2 la nmpak nye. dan misi kedua ntuk hari ni ialah bermain futsal dan cite nikah pon da abis.
(gigil nye seorang bakal suami)





30/04/10 : futsal time


(the reds never walk alone)

selesai nye majlis akad nikah aku pon terus menghantar kedua org tua aku balik kerumah dgn ditemani shahizan shamid atau lebih dikenali dgn name an. terimas kepada beliau. time ni aku rse mcm mase bergerak begitu pntas dgn keadaan lalu lintas yg semakin lembab nk mampos dan aku xberhenti2 melihat waktu kerana da deal ngn sorang brader yg aku lnsung tak knl dan die akan jmpot aku kt stesen lrt sentul timur pada pkul 7:30 mlm. yeah agak pelik cam mne lak aku leh men futsal ngn org aku tak kenal? cam ni cite nye. aku tlah di perlawa untuk join satu forum yg khusus buat peminat2 liverpool fc dan aku tanpa bnyk ckp terus join forum tu. so mmber2 forum ni tlah sepakat ntuk mengadakan sesi bermain futsal ntuk ahli2 forum yg lain so aku yg newbie ni pon tnpa berpikir bnyk terus agree dgn pelawaan tersebut walaupon aku tak tau kt mne tmpt tu dan xde transport ke tmpt tersebut dan keluh kesah aku tu tlh di dengar oleh ijam dan mencadangkan aku pergi dgn kawan beliau dan aku pon setuju. tepat jam 7:30mlm aku tlh berada di lrt sentul timur walaupon pada mula nya aku dan an tlah tersalah arah. dan xsmpai 15 minit menanti org yg aku tunggu2 pon tibe dan aku pon terus bergerak bersame mereka dan meninggal kan an di situ sbb die tanak join skali sbb die fans arsengal. dan dlm kereta aku pon berkenalan la dgn brader tersebut dan beliau amatlah peramah dan mesra alam gitu name die wan. kini misi nk ke pndan indah plak sbb nk amek ijam. tp perjalanan kami tak sebegitu lncar dek kerana kesesakan lalu lintas dan segala caci maki pon terhambur dari mulut brader wan yg agak panas dgn keadaan tersbut. akhir nye kami pon sampai ke rumah ijam yg tlah ready menanti kdtgn kitaorg dan kini perjalanan ke puchong plak. argh jauh nye men futsal....
perjalanan ke puchong sedikit lncar kerana tidak berape sesak lagi cume mslah baru plak yg timbul iaitu brader wan terlupe jln dan mnyebabkan kami sesat di area puchong dan hampir 30minit sesat akhir nye baru la kami jmpe jln ke destinasi tersbut itu pon setelah menelepon org2 yg tau jalan ke sane. dan akhir nye dgn hanya berbaki sejam mse permainan yg tinggal
aku pon terus la bermain seperti biasa. tp kli ni feel die lain sket. aku rse mcm men kat anfield jer bile tgk kiri kanan aku sume pakai baju yg same iaitu jersi liverpool. setelah penat dan lelah bermain akhir nye tamat lah game ntuk hari tu dan aku pon memulakan sesi suai kenal dgn otai2 yg ade kat situ. dan seperti yg dijngkakan mereka amat lah peramah dan bkn nye pemarah.
dan mlm itu kami sudahkan dgn minum2 di kedai berhmpiran sambil bertuka pendapat tntang pasukan yg kami semua sygi, tepat dlm pkul 1lebih kitaorg pon mula bergerak pulang ke rumah masing2 dan aku pula di hantar pulang oleh wan dan ijam. dan ape2 pon terima kasih kepada mereka berdua. korang mmg best baru first time kenal tp da sekepala. dan mlm tu aku tido dgn muka penuh dgn kepuasan. hehehe



(pengganti pepe reina, kata mereka lah)

29 Apr 2010

kerja yang sia-sia

hah penat, letih, lapar, dan berpeluh2, itu la yg mampu aku katakan selepas bertungkus lumus mengemas bilik bakal pengantin yg bersepah2 tp aku rasa mcm takde perubahan pon.
haish. konon nak alih katil la meja solek la almari la ape2 laa semata nk nmpk cam bilik org yg da berkawin. aku buat pon sbb ade niat tertentu klu tidak mmpos la aku nk tlg buat kn. korang yg nk sedap2 aku lak yg kne kje kuat nk deco balik bilik tu konon nye. mula nye abg aku suh mop ngn sapu je bilik tu tp tah mcm mne aku leh terlepas ckp "kita susun balik almari2 ni" terus die pon setuju dgn syarat aku sorang je yg kne buat aku pon tanpa bnyk ckp terus setuju dengan syarat upah harus ada. jadi dgn berbekalkan sedikit ilmu dari eric yg aku pelajari dari program mari deco bersama eric aku pon memulakan tugasan dgn membuat kira-kira di mana nk susun balik kesemua almari-almari yg ade bile sususan dah pon dapat aku mula mengalihkan almari2 tdi.
bermula dari meja solek. yg ni senang je sbb tak lah terlalu berat pas tu beralih ke almari baju.
yang ni sbnr nye buat aku letih ya amat berat nye bukan main lagi. selepas sume da di bawak kluar aku pon mula menyusun almari-almari tadi seperti yg telah di plan syg nye. ukuran aku salah kerana almari baju tu lebih besa dan takde da tmpt yg boleh memuatkn die. adess.
habis semua posisi di cuba dan habis lantai calar balar jadi nye sbb kesan heretan almari-almari tadi tu. akhir nye aku give up dan meletakan semula almari-almari tadi di posisi asal. hehehehe
dgn keadaan bilik tetap sama seperti yg asal dan lantai habis calar balar dan dgn peluh yg bnyk keluar aku rase kje aku mmg sia2 jer.. adeh. tobat pas ni tanak buat kje cam ni daa..
adehhhhhhhhhhhhhhhh..

27 Apr 2010

Kahwin Oh Kahwin

"hah ko bile lagi nak kawin? abg ko da nak kawin" aku hanya mampu menggaru2 kepala aku yg sememangnye tak gatal. aku naik heran plak abg aku yg nak kawin aku plak yg diorg sebok nk tnya. ape de hal? huh manusia memang mcm ni ke?? aku tertanya2 lgi, yup kawan2 macik, pacik, sedare mare, sume da tau yang abg aku akan melangsungkn perkawinan nye pada 2hb 5 ni dan mngkin aku juga akan sebuk pada hari tu nanti walaupon aku rasa happy namum dalam hati aku ade sedikit rse kekecewaan. ayah, akak, adik. mereka sume xkan hadir pada hari tu. kenape la ni sume terjadi. tapi nk buat cam mne sume tu dah ketentuan allah swt dan aku hanya mampu redha jer. erm nak kawin dah abg aku. baru sgt rase nye aku bermanja2 ngn die setelah hampir 20taun hidop bersama dan xdinafikn aku la yg paling setan klu nk di bandingkn dgn die jahat aku da level dewa die baru nak jadi naga. bnyk kenangan aku dgn die mse kecik2 hingga la ke peringkat dewasa. antara nya.. memorial ladang sawit. yang ni paling aku tak leh nak lupe sbb smpai skrg kesan nye masih ada pada abg aku iaitu bibir yang seksi. wahaha sori ngah. ingt lagi mse tu kami kanak2 yg msih berhingus berlari2 di dalam ladang kelapa sawit dgn abg aku berlari2 seakan akan menjadi norick abe dgn memakai helmet di kepala meninggalkn aku yg tercungap2 kat blkg dan yg pasti aku bkn tandingan die dalam bab lari2 ni tapi aku tak berhenti di situ. dan aku ingin sangat membalas dendam. lalu idea pon mari. aku pnggl abg aku dan mengaku kalah walaupon aku xleh terima kekalahan tu aku ajak abg ku berjln2 dgn die masih memakai helmet dikepala dan dgn tibe2 aku menyengkang kaki abg aku dan menolak die kedepan. fuh mmg kejam. TERSUNGKUR LAH NORICK ABE mse tu dgn muka jatuh tersembam ditmbh effect keberatan helmet tu lagi maka berdarah la mulut abg aku ni dan menyebabkn bibir nye sedikit jueh atau bengkak ala2 bibir iwan af8 gitu hingga la sekarang beberapa gigi jugak telah patah tp berjaya tumbuh kmbali. aku tak terlepas dari hukuman aku jugak turut terima balasan sesudah bapak aku
tau perkara sebenar tp xpe sekurang2 nye aku berjaya membls dendam kesumat ku,







kisah kedua ni aku yg jadi mangsa.. kes pak ali rampok mamak yang menjadi musuh di dalam kawasan kejiranan kami! yea kami adek beradek mmg dari kecik main bersame mandi bersame tido bersame gi mana2 pon biasa nye berdua la tak pernah aku pegi mne2 sorang je tp tu sume mse skola rendah ar. bile da msuk menengah kitaorg da beralih minat. hehehe.. dalam kampung tu kami dua org ni ade la tak puas hati ngn sorang pacik ni. india muslim yg bernama pak ali rampok. kami sbnr nye mmg takde la bersikap perkauman or something yg mcm tu tp bile nmpk je ali rampok ni kitaorg jadi tak psl2 nak hamun jer sehingga la satu hari tu abg aku mendapat idea yg bernas lagi kejam. nak masuk kwsan rmh pak ali ni ade satu pagar tp pintu pagar nye mmg da lame tercabut. jadi abg aku pon dgn jahat nye telah memasang satu perangkap iaitu mengikat dawai di dua tiang pintu pagar tersebut dan mengharap kan yg pak ali rampok tak akan perasan dan lalu melanggar dawai tersebut.. tp aku mula rasa takut . iye la mse tu bdk2 lagi mne tau pak ali mati ke putus bdn ke bile die lnggar dawai tu cuak la jgk kerna takut yg teramat sgt aku pon menarik diri. tp tu sume tak mematahkan semangat juang si abg aku ni die meneruskan plan jht die dan aku balik ke rmh ntuk membersihkn diri. aku mmg jahat tp xde la smpai cam tu skali.
di rumah sedang aku mandi manda abg aku pon msuk secara mengejut ke bilik air.
smbil ketawa riang dgn muka yg teramat puas sekali xprnh aku tgk die mcm tu.
aku pon tnya kenape. die pon ckp yg jerat mengene kat sasaran mangsa jatuh tergolek2 dan mengalami luka kecil di bahagian dada fuh dlm hati aku selamat tak mati org tua tu.
tp tak smpai lima minit pintu rumah kitaorg diketuk dan pada mase tu ayah kitaorg plak ade kat rmh.
kitaorg da mula gubra gabra cepat2 kita org mndi dan pergi check sape yg ketuk pntu kat luar tu.
dan seperti yg dijangka2. pak ali rampok dtg mengadu kat ayh kitorg mengata kn
yg ade org buat dajal kat die tp tak berape pasti sape yg buat. kitaorg panik dan mula menuding jari ke arah org lain.
dan cucu nenek jual aiskrem yg mnjadi mangsa kami dgn alasan "kitaorg nmpk cucu nenek tu yg men kat sane tdi" pak ali rmpok pon percaya termasuk jgk ayah aku lalu pak ali rampok pon terus ke rumah nenek tu. kami apa lagi terus melompat keriangan kerana menyangka kami terselamat..
syg nye tidak. sejurus slps tu nenek jual aiskrem tu yg dtg bising2 kat ayah aku kata die nmpk
aku ngn abg aku yg melepak kat situ dan die bermatian2 mengatakan cucu die tak bersalah.
kami tak dapat menipu lagi cuma redha menanti hukuman. ayah aku pon tnya "sape mastermind dlm kes ni" kitaorg pon snyap xmampu berkata apa2 hnya pekikan dan lolongan je yg dpt kami lontarkan selepas itu taktala hanger hinggap ke seluruh bdn kami. sesudah habis sesi banzai td abg aku masih tersenyum puas kerana die tak teruk di pukul tp aku plak yg teruk mcm aku yg buat dan die msih
sempat melawak dgn menceritakn moment2 pak ali rampok tergolek mse terla
nggar perangkap die tadi.
huisk suwey. dan pada mlm tersebut selepas solat isyak aku pon menceritakn perkara sbnr kt ayh aku.
sbb mse tu mak aku da ade so aku berani la sket nk bersuara tp tu sume da terlmbt ayah aku cume ckp "tu la tdi ayah tnya tanak ckp. kan da kene, dah2 gi tdo" mcm tu jer?


tu ade la kenangan aku dgn abg aku moge pas ni die bahagia la dgn bakal isteri die.
harap2 satu hari nanti aku leh la cite kan bende ni kat anak die plak.,,
ongah aku masih belum puas hati ngn ko!!!

SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT. :"p





Blog arkib